Monday, August 31, 2009
Merdeka! Merdeka!
Sering dilaungkan ucapan keramat ini tatkala tibanya 31ogos saban tahun. Tetapi sebenarnya kita sedar mahupun tidak erti kemerdekaan yang sebenarnya?
Mengikut kamus dewan merdeka itu beerti bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain). Bebas dalam konteks kita rakyat MAlaysia bukan sahaja beerti bebas dari naungan penjajah iaitu dari segi fizikalnya. Kita perlu sedar, bebas yang sering kita terlepas pandang atau mungkin tidak sedar adalah merdeka dari segi pemikiran dan juga budaya.
Jika anak muda sekarang ini hanya tahu mengibarkan jakur gemilang pada kenderaan atau rumah mereka, itu belum bermakna mereka sudah merdeka. Selagi mereka tidak memahami bebas yang sebenar selagi itulah mereka belum merdeka. Apa gunanya rakyat Malaysia hanya merdeka dari segi fizikal tetapi batinnya masih dijajah oleh budaya serta pemikiran penjajah.
Sebagai contoh, saya selalu terbaca dalam media massa banyak gelaja sosial berlaku dengan berleluasa sewaktu menyambut hari-hari perayaan di Malaysia. Masalah yang timbul kebanyakkannya menyambut Tahun Baru dan juga Merdeka bersama pasangan kekasih dengan menjual maruah mereka pasa malam tersebut. Ini juga sama seperti apa yang Barat lakukan. Tiada jati ketimuran dan keislaman dalam diri.
Oleh kerana itu, banyak juga anak-anak yang tidak sah taraf lahir ke dunia. Ada yang digugurkan, dibuang dan lebih memilukan ada yang dibunuh hidup-hidup. Saban tahun kes ini dilaporkan semakin meningkat. Adakah ini beerti kemerdekaan yang sebenarnya?
Friday, August 28, 2009
MUNAJAT SEORANG HAMBA...
janganlah ibadahku merosakkan aku,begitu juga janganlah kebaikanku menjadikanku derhaka denganMU
YA ALLAH..
jadikanlah kekuranganku menyelamatkan aku,juga dengan kelemahan aku merendah diri denganMU.kerana itulah yang menjadikan Engkau cintakan aku.
YA ALLAH..
jadikan seluruh kebaikan untuk keredhaanMU, bukan hendakkan syurgaMU.jadikan setiap amal kebaikan yang aku buat,aku sedih dengan kekurangannya.janganlah kebaikan itu menjadikan aku senang dan tenang dari hilang takutku kepada MU.aku berlindung dengan Engkau,janganlah ibadatku menghijab di antara Engkau dengan aku,ia jadi bala bagiku tanpa aku sedari dan tanpa aku tahu.Tuhan janganlah dengan ibadah dan kebaikanku,aku jadi muflis ketika bertemu Engkau.
YA ALLAH..
janganlah pujian dan cercaan orang menjadikan aku berdosa tapi jadikanlah kedua-duanya pahala bagiku bukan jadi bala kepadaku,Tuhan Engkau rasakanlah kepadaku setiap kali berbuat baik, aku rasa berbuat dosa agar aku tidak berbangga dengan kebaikanku.bahkan Engkau lupakan sahaja kebaikan itu.Tuhan selamatkan aku daripada membuat dosa yang memang berdosa juga janganlah kebaikanku jadi dosa dan kemurkaanMU..
JADI MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MENDAPAT CINTA AGUNG DARI YANG MAHA ESA...
INSYAALLAH..
atas nama cinta
diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika
terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan
tersedar aku dari terlana
dibuai lembut belaian cinta
rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
engganku keasyiakan
gusar keindahannya
merampas rasa cinta
pada dia yang lebih sempurna
bukan mudah...bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba...menghindarkan pesona maya
kerana tak upaya ku hadapinya
andai murkanya menghukum leka
di atas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redhaNYA
biar sendiri hingga hujung nyawa
asal tak sepi dari kasiNYA
kerana sesungguhnya hakikat cinta
hanya DIA Yang Esa
saratkan hati ini
dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai
nikmatNYA... syurgaNYA...cintaNYA..
tawakkal nadi kejayaan
tawakkal dianjurkan islam selepas kita berusaha mengatasi masalah.dilanda krisis atau masalah adalah lumrah dalam kehidupan tidak kira dalam rumah tangga,pejabat,pelajaran mahupun masyarakat sekitar.kita sudah berusaha untuk mengatasinya selepas itu bertawakkallah, mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan keluar.
tawakkal itu nadi kejayaan.tiada yang paling berkesan kecuali mengharapkan keredhaan Allah selepas segala usaha dicurahkan.janji Allah, jika kita bertawakkal dalam perjuangan hidup, rezeki kita dijamin mencukupi dan ditunjukkan jalan keluar daripada krisis...
UNTUK MENGATASI GODAAN SYAITAN
"....bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata".
seorang ulama'berkata : saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu manakah syaitan datang menghasut dan menyesatkan manusia.tiba-tiba saya dapati syaitan itu datang melalui 10 pintu.
pintu 1: melalui sifat rakus dan buruk sangka.lalu saya melawannya dengan sifat percaya dan qana'ah
pintu 2: melalui sifat sukakan kehidupan dan panjang anagn-angan.saya melawannya dengan rasa takut mati yang datang secara tiba-tiba
pintu 3: melalui sifat ingin sentiasa berehat dan bersedap-sedap.saya melawannya dengan rasa bahawa semua nikmat hilang dan betapa sukarnya hisab hari kiamat
pintu 4: melalui sifat ujub.saya melawannya dengan mensyukuri anugerah Allah dan bimbang akibat buruk
pintu 5: melalui sifat memandang rendah,memperlekehkan manusia dan tidak menghormati mereka.saya melawannya dengan memahami hak mereka dan menghormati hak mereka
pintu 6 :melalui sifat hasad dengki.saya melawannya dengan sifat redha dengan apa yang dikurniakan Allah kepada saya
pintu 7: melalui sifat riya' dan sukakan pujian manusia.saya melawannya denagn sifat ikhlas
pintu 8: melalui sifat bakhil. say melawannya dengan rasa bahawa semua yang ada di muka bumi ini akan fana' dan Allah sahaja yang akan kekal abadi
pintu 9: melalui sifat takbur dan angkuh.saya melawannya dengan sifat tawadduk
pintu 10: melalui sifat tamak.saya melawannya dengan percaya apa yang ada di sisi Allah dan tidak tamak dengan apa yang ada di tangan manusia.
semoga kita juga dapat mengatasi 10 godaan syaitan ini dengan melawan 10 perkara yang baik.
KU HARAP SENTIASA BERSAMA MU..
kau umpama rembulan
menerangi kegelapan
kau ibarat bintang
menghiasi langit malam
kau menerangi hatiku
bak mentari menerangi siang
kau menghiasi jiwaku
yang dahulu kekosongan
kau berikan kekuatan
untukku terus berjuang
hadapi segala cabaran
atasi permasalah
kau curahkan kebahagiaan
meleraikan kesedihan
waktu ku terasa keseorangan
ketika dalam berjuang
ramai yang melupakanmu
tak ramai yang mengecap nikmatmu
tak ramai ditemanimu
tak ramai yang merasa manismu
inspirasi mukmin sejati
tempatmu letaknya dihati
sana kau berkurang dan bertambah
dikaulah penyelamat ummah
daku merasa manismu
dalam menyintai Allah dan Rasul
dalam menyayangi sahabat
dalam membenci kekufuran
kepadaMu Allah ku berdoa
hidup matiku bersamamu
bersama dihidupkan semula
melangkah ke syurga bersama...
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim . Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
al-Mukminun : 14
PERINGKAT KETIGAMUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging,
al-Mukminun : 14
PERINGKAT KEEMPATIZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
al-Mukminun : 14
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap, hanya untuk sebahagin sahaja untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
PERINGKAT KE ENAMNAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulama' Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.
Tuesday, August 25, 2009
MALU...
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
UJIAN DARI ALLAH TANDA KASIH SAYANG
Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.
Nabi kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu, tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali memasuki medan peperangan.
Orang –orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula), terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang mengadapnya.
Allah terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu dimakan oleh Ikan Nun.
Kisah –kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihi-Nya agar mereka segera menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga berlaku ke atas diri kita.
Oleh itu bagi kita,terutamanya orang–orang yang banyak beribadah, berzikir dan berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allah swt.Ujian boleh menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt. Sentiasalah kita memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian dari-Nya ,kerana sesudahnya ialah nikmat pula. Sebaliknya apabila diberi nikmat beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt. Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik dan jahat yang telah kita lakukan.
tenggelam dalam cintaNYA
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
WASIAT NABI..
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali,bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...
Wahai Ali,bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali,bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali,bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali,bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.