Friday, August 28, 2009

tawakkal nadi kejayaan

"kemudian setelah bersolat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat
surah al-jumuah;ayat 10

tawakkal dianjurkan islam selepas kita berusaha mengatasi masalah.dilanda krisis atau masalah adalah lumrah dalam kehidupan tidak kira dalam rumah tangga,pejabat,pelajaran mahupun masyarakat sekitar.kita sudah berusaha untuk mengatasinya selepas itu bertawakkallah, mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan keluar.

tawakkal itu nadi kejayaan.tiada yang paling berkesan kecuali mengharapkan keredhaan Allah selepas segala usaha dicurahkan.janji Allah, jika kita bertawakkal dalam perjuangan hidup, rezeki kita dijamin mencukupi dan ditunjukkan jalan keluar daripada krisis...

No comments:

Post a Comment